8:53 PM

BERBUKA DI JB CATERING


Tadi Ummi berbuka di JB Catering terletak di Taman Merdeka. Penuh sesak nak parking pun susah terpaksa berjalan kaki. Jauhnyer, kalau lepas makan nak pergi tempat letak kereta boleh lapar semula. Tak ada yg istimewa rasanya kecuali kambing golek. Itu pun dapat sikit jek. Satu kepala dia charge RM 19.90 ( Dewasa ) RM 12.00 ( Kanak2). Nasib baik org KL dari SKALI belanja, so tak kisah sangatlah berbaloi atau pun tidak. Sesiapa yg suka makan kambing tu bolehlah try.

11:48 PM

CHECK UP MY BABY



Esok pagi2 Ummi kena bawa baby gi check up, maybe kena cucuk kot coz bulan lepas dah rehat sebulan. Nasib baiklah baby Ummi tak demam. Kalau demam tak boleh cucuk kena datang pulak hari lain. Payahlah macam tu, 2 kali kerja pulak. Hehehe....anak mamakan kuat. Masa tengah tulis blog ni pun anak ngan babah dah nyenyak tido. Mimpi apalah tu agaknya.

7:55 PM

TELUR PENYU DARI SANDAKAN

Pagi tadi Ummi dapat kiriman dari Sandakan telur penyu. Tak banyak mana pun tapi dapatlah lepaskan gian satu family. Fresh lagi. Bilalah lagi nak pergi ke Sabah, best pergi sana semua dapat makan makanan laut yg segar2. Setakat ketam tu kitaorang buat makan sarapan pagi, meratah macam tu je. M....sedapnyer......

9:21 PM

TRIP TO KUCHING SARAWAK


Tengah dok belek2 NoteBook ni ternampak plak gambar lama. Gambar ni masa Ummi bawa family pergi bercuti di Kuching, Sarawakbulan 5 tahun 2007. Kebetulan masa pergi jln kat Setubong terserempak plak ngan Andy Flop Poppy tgh buat pengambaran, so ambil kesempatan bergambarlah.

Nanti kalau terjumpa lagi gambar2 masa Ummi bercuti di Langkawi & Sabah, Ummi akan postkan disini.

Tak sabar nak tunggu bulan 2 tahun hadapan 2009. Next trip to Goald Coast, Australia. Tiket dah ada, insyaallah kalau umur panjang pergilah nanti. Heheh....senang bila dah ada tambang murah ni. Ummi naik penerbangan Air Asia sesiapa pun boleh terbang. Ummi beli masa promotion tambang free. Actually bukan free pun kena bayar juga, cuma murah gilerlah berbanding nak beli tambang penuh. Coast untuk perjalanan 2 dewasa + baby Ummi bawah umur 2 tahun ( Makan + Luggage ) = RM 2,500.00. Muarahkan......So, sesiapa yg bercita2 nak keluar negara tu kumpul duit dari sekarang. Bila ada promotion nanti cepat2 beli.

8:28 PM

KOMPUTER TERPAKAI UNTUK DIJUAL


Ada sesiapa yg berminat nak beli komputer terpakai. Ummi nak jual ni. Kepada sesiapa yg berminat boleh hubungi email kepada Ummi : ummi_ummira@yahoo.com. Setiap komputer yg dijual warranty 2 bulan. Speaker, keyboard & mouse baru.

9:11 PM

MENANTI PINJAMAN TEKUN

Hari ni Ummi semak permohonan pinjaman TEKUN Ummi. Keputusan LULUS, tapi masih tak tau lagi berapa amount yg dpt. Masih perlu menantikan keputusan mesyuarat. Alahai warga kerja TEKUN percepatkanlah pembiayaan tu. Kalau boleh biarlah sebelum raya.

Doakan Ummi ye. Kalaulah dapat Ummi nak buat kenduri doa selamat kat kedai baru Ummi nanti. Nanti Ummi war2kan kat Blog ni utk menjemput pembaca blog semua.

Puasa ke - 8:
Mmmm....tak banyak yg dpt dikongsikan disini. Sama seperti hari2 yg lain. Alhamdulillah, perut tak telalu rasa lapar sehingga menunggu waktu berbuka. Kalau lapar pun dlm kol 1.00tgh ke bawah, lepas tu dah OK tak terasa pulak seperti berpuasa. Hehehe....target bulan puasa ni nak kurus. Entahlah berjaya ke tidak, makan kuantiti nasi tu tak pernah berjaya di kurangkan.

5:54 PM

CHECK UP MY HEAD


Awal pagi lagi Ummi dah bangun bersiap ke Pakar Puteri Johor Bahru. Ummi buat check up kepala Ummi yang hari ni dah masuk 6 hari sakit. Sakit yg amat sangat macam ada org yg tengah perah otak2 Ummi ni.

Hasilnya selepas Dr buat check up pada rahim n buah pinggang semua ok n tak mengandung. So Dr suruh buat CT Brain pulak, nak tgk apa dah jadi dlm kepala Ummi. So kenalah masuk dlm terowong. ( Huhu...kepala tak boleh gerak langsung, masuk dlm 20 minit jugaklah.) Bila dpt keputusan finally Dr kata semua pada Ummi "OK".

DR Said : Semua ok, rahang pun Ok tak ada senget, resdung pun tak ada. So I tak tau nak ckp apa. I nampak semua OK.
Ummi said : Terima Kasih Dr.

Huh ni yg bila jumpa bomoh ni, bomoh akan kata : " Awak ni kena buatan Org " (HAHAHAHHA....)

Tapi, bila balik until now, Ummi dh tak ada rasa sakit lagi. Ih...apalah sakit ni. Dah masuk dlm terowong baiklah pulak....Mintak berkekalanlah kesihatan ni. Amin.

10:41 PM

HEADACHE


Today ummi kena headache, takut je kena tekanan darah rendah. Coz pernah chek sekali masa pening kepala tekanan darah Ummi rendah. Sakit bukan kepalang macam ada org ketuk2 kepala Ummi. Alhamdulillah berjaya juga berpuasa hari ni. Walaupun pagi tadi Ummi termakan sikit mentega yg terkena kat tgn. Huhu....sedap jek, bila dah masuk bilik baru perasan puasa rupanya hari ni.

Petang tadi Ummi pergi HSA tgk Kak Sue N Baby. Dapat baby boy. Berat 3.0Kg...Tapi Ummi nampak kecik aje...Kalau banding ngan anak Ummi yg keluar 2.9kg lagi besar rasanya. Manalah dia sembunyi isi dia tu.....Hehehhe....comel betul. Jealous Ummi tgk anak dia banyak rambut lebat giler. Anak Ummi smpai sekarang tak jugak lebat rambut dia.

Tataplah gambar baby Kak Sue yg comel ni. Terlupa nak tanya dia letak nama apa kat baby dia. Baby 31 Ogos. Bestnyer....

12:50 AM

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADAN


Ummi baru pulang dari Tesco Extra. Membeli belah stok barang untuk bersahur. Family Ummi ringkas je bila bersahur. Tak perlu nak makan nasi. Cukup ada Daging Burger ngan roti.

Kepada semua yg membaca blog ini. Selamat menyambut ramadan. Sama-samalah kita perbanyakkan amal dibulan yg mulia ini. Selamat berpuasa...

* Kepada kenalan Kak Su tahniah kerana telah selamat melahirkan zuriat sulung. Sama2lah kita didik anak kita menjadi anak yg soleh dan solehah.