9:47 AM

AWAL JATUH KATIL

Semalam hari yg takut utk Ummi lalui sekali lagi. Terserentak dari tidur dgr anak Ummi menangis, tgk sebelah anak Ummi tak ada. Dalam fikiran terus terfikir anak Ummi jatuh. Confirm dah kat bawah terus angkat dan peluk dia,. Tgk tangan kaki semua tak ada apa2, takut patah atau terseliuh. Bengkak kepala dahi dia. Dah macam ikan jendul....Hahaha....

Macammana dia boleh jatuh pun Ummi tak tau, katil Ummi dahlah tinggi. Biasa kalau dia bangun menangis, atau cuit Ummi suruh bangun sambil buat bising. E...Awal......Awal....pengsan Ummi kalau Awal jadi mcm ni lagi.

11:12 PM

TANGGAL 11.11.08 PERGINYA SEORANG ATUK

Malam tu sebelum masuk tidur, tetiba badan Ummi rasa sejuk sangat. Ummi tgk aircond dah padam tapi sejuk lain macam. Rasanya tak sampai 1/2jam lelapkan mata, telefon berbunyi. Terdengar suara ayah " Atuk dah tak ada.....atuk meninggal jam 12.05mlm tadi..." Innalillah...belum habis penat balik dari kuala lumpur semalam dah terima panggilan dari sana semula. Kesian atuk dah hampir sebulan terlantar di hospital akhirnya pergi juga. Tapi semua redo dan dah bersedia coz doktor dah bagitau awal lebih kurang 3 hari sebelum arwah atuk meninggal. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Rohnya...Amin....

Ummi bertolak dari Jb ke Kl jam 4.00pagi. Ayah kata tak perlu gesa2 coz Atuk pun memang dah tak ada. Atuk Ummi dikebumikan di Tanah perkuburan Dato' Keramat selepas solat zuhur. Hari Rabu Ummi sekeluarga dan kakak pulang semula ke Johor. Insyaallah hujung bulan ni Ummi akan ke Kl semula menjenguk Mak dan Ayah yg tinggal di KL sementara waktu menemani nenek. Kesian Nenek, sebelum ni Atuklah yg jadi peneman sepanjang masa. Rasanya tak pernah sekelip mata pun atuk hilang dari pandangan Nenek. Berapa terasanya kehilangan Atuk pada Nenek. Semoga tuhan tabahkan hati Nenek. Masih ramai lagi yg di sekeliling Nenek yg dapat menemani, walaupun ia tak seindah dan tak serupa Arwah Atuk........