3:51 PM

Opthalmology

Isnin lepas pergi jumpa doktor mata untuk rutin check-up.

6:52 PM

Gambar Di Gold Coast, Australia





5:26 PM

BERJIMBA DI GOLD COAST

Sekarang ni dkt gold coast tgh berseronok, tapi esok nak balik dah..
Nantilah bila sampai Malaysia Ummi update gambar dan cerita.
O.k c ya......Good bye Mike!...hahaha...
Nak gi free spa kat hotel ni...Muach!!!!

9:07 AM

STORY BABY AWAL



Tempoh hari baby awal masuk hospital, badan dia panas sampai 39' takut betul Ummi. Bimbang kata org kalau panas sgt boleh sawan. Sampai kat hoaspital doc suruh buat x-ray, bila dpt result dr said kat paru awal ada infection so kena masuk wad. Kesian tangan kena masuk jarum, baby awal nangis Ummi tak tahan nangis sama....waaaaa. Sib baik kena tahan satu malam jek. Susut sikit badan awal mas sakit tu. Macam2 penyakit kena lepas balik umah, asik gi klinik ngan hospital jek. Tp sekarang ah ok. Hope baby awal ngan semua family sihat, coz tinggal berapa hari jek nak gi travel ni....

Gold Coast im coming... Hi Aussie!
What's Up Mike?

11:37 AM

TAKZIAH BUAT MEOR



Berita sedih ummi terima pada pagi Isnin yang lepas. Wife ex opicmate meninggal dunia. Kesian baru kahwi, kalau tak silap Ummi dia kahwin bulan november yg lepas. Harap kawan Ummi tu banyakkan bersabar dan berdoa, agar roh isterinya di tempatkan ditempat org2 yg beriman. Tuhan lebih sayangkan isterinya. Amin....

Ni kat bawah Ummi nak post lg gambar model yg Ummi makeupkan. Hasilnya masih belum memuaskan.E lembab betullah Ummi ni. Nanti bila senang Ummi nak upload gambar baby awal masuk hospital tempoh hari. Nanti Ummi ceritakan kenapa baby Awal masuk hospital....EEEE....Baby2....

11:36 AM

TAKZIAH BUAT MEOR

10:28 AM

ANDAMAN


SEBELUM
SELEPAS

Ummi tak berkesempatan nak berkongsi cerita, mungkin kesibukan masa dan penat melayan kerenah baby awal yg makin ligat ni buatkan ummi tak ada mood nak tulis blog. Sekarang ni baby Awal tgh tido, so curi masa kejap.

Ummi pastekan gambar hasil solekan andam yg Ummi belajar. Hasilnya masih belum memuaskan lagi coz baru 4 kali masuk kelas. Ok, enjoy......

8:37 PM

RAYA HAJI TIBA LAGI






Selamat menyambut HARI RAYA AIDIL ADHA kepada pembaca blog semua. Ni ada gambar yg Ummi nak kongsi ngan semua sepanjang hari raya ni. Enjoy!!!

8:30 AM

Kogan Agora Android Phone


Kalau ada rezeki Ummi nak beli phone ni, cantik tak? Harga lebih kurang dalam 1K jek. Menarikkan? Nak baca spek dia gi kat link ni : sicksand

9:47 AM

AWAL JATUH KATIL

Semalam hari yg takut utk Ummi lalui sekali lagi. Terserentak dari tidur dgr anak Ummi menangis, tgk sebelah anak Ummi tak ada. Dalam fikiran terus terfikir anak Ummi jatuh. Confirm dah kat bawah terus angkat dan peluk dia,. Tgk tangan kaki semua tak ada apa2, takut patah atau terseliuh. Bengkak kepala dahi dia. Dah macam ikan jendul....Hahaha....

Macammana dia boleh jatuh pun Ummi tak tau, katil Ummi dahlah tinggi. Biasa kalau dia bangun menangis, atau cuit Ummi suruh bangun sambil buat bising. E...Awal......Awal....pengsan Ummi kalau Awal jadi mcm ni lagi.

11:12 PM

TANGGAL 11.11.08 PERGINYA SEORANG ATUK

Malam tu sebelum masuk tidur, tetiba badan Ummi rasa sejuk sangat. Ummi tgk aircond dah padam tapi sejuk lain macam. Rasanya tak sampai 1/2jam lelapkan mata, telefon berbunyi. Terdengar suara ayah " Atuk dah tak ada.....atuk meninggal jam 12.05mlm tadi..." Innalillah...belum habis penat balik dari kuala lumpur semalam dah terima panggilan dari sana semula. Kesian atuk dah hampir sebulan terlantar di hospital akhirnya pergi juga. Tapi semua redo dan dah bersedia coz doktor dah bagitau awal lebih kurang 3 hari sebelum arwah atuk meninggal. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Rohnya...Amin....

Ummi bertolak dari Jb ke Kl jam 4.00pagi. Ayah kata tak perlu gesa2 coz Atuk pun memang dah tak ada. Atuk Ummi dikebumikan di Tanah perkuburan Dato' Keramat selepas solat zuhur. Hari Rabu Ummi sekeluarga dan kakak pulang semula ke Johor. Insyaallah hujung bulan ni Ummi akan ke Kl semula menjenguk Mak dan Ayah yg tinggal di KL sementara waktu menemani nenek. Kesian Nenek, sebelum ni Atuklah yg jadi peneman sepanjang masa. Rasanya tak pernah sekelip mata pun atuk hilang dari pandangan Nenek. Berapa terasanya kehilangan Atuk pada Nenek. Semoga tuhan tabahkan hati Nenek. Masih ramai lagi yg di sekeliling Nenek yg dapat menemani, walaupun ia tak seindah dan tak serupa Arwah Atuk........

10:36 PM

ATUK SAKIT


2 Minggu lepas Ummi pergi KL tgk atuk yg sakit tenat di sana. Atuk Ummi masuk hospital di pusrawi kerana paru2 dijangkiti kuman. Boleh tahan harga kat sana satu malam rm 245 termasuk sewa lagi satu katil buat nenek Ummi. Yang Ummi tahu katanya bill untuk atuk Ummi yg baru masuk hari ke-5 hari tu dah cecah 6k, tertelan air liur Ummi dgr. Tapi nak buat cam mana nak selesa dan nak dpt penjagaan yg lebih teliti. Doakan atuk Ummi cepat sebuh ya....Amin....

5:08 PM

2ND DAY RAYA



Ni Ummi nak kongsi gambar masa 2nd day raya. Tak payah citer apa2lah, tgk jeklah gambar tu.

10:55 AM

SELAMAT HARI RAYA

Rasanya belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog. Terlalu sibuk mempersiapkn segala keperluan untuk beraya sampai tak sempat utk mengupload blog.


First day raya:
Seperti biasa selepas bermaaf-maafan dgn keluarga Ummi sekeluarga ke rumah sedara...hahahaha...rumah Menteri Besar Johorlah. Makanan wajib pagi raya HARISA, sedap rasanya ( daging yg dimasak makan bersama sambal belacan campur madu). Lepas tu baru pergi rumh atuk hubby Ummi. Bila selesai semua barulah pergi beraya rumah saudara-mara yg lain. Agak memenatkan jugaklah raya pertama ni.

Second day raya:
Lagi penat perjalanan taklah jauh mana pun...tapi menempuh jem di semua jln. Ummi balik kampung. Raya di kulai, pontian n benut. Gambar raya kedua ni nanti Ummi upload. Coz gambar raya kedua tak banyak sgt so belum transfer ke nb lagi.

Ok, ni dah masuk raya ke-3, lepas sembhyang Jumaat ni Ummi nak pergi beraya semulu...
Huhuhu....hari minggu yg padat dengan agenda.

Selamat hari raya semua....













8:53 PM

BERBUKA DI JB CATERING


Tadi Ummi berbuka di JB Catering terletak di Taman Merdeka. Penuh sesak nak parking pun susah terpaksa berjalan kaki. Jauhnyer, kalau lepas makan nak pergi tempat letak kereta boleh lapar semula. Tak ada yg istimewa rasanya kecuali kambing golek. Itu pun dapat sikit jek. Satu kepala dia charge RM 19.90 ( Dewasa ) RM 12.00 ( Kanak2). Nasib baik org KL dari SKALI belanja, so tak kisah sangatlah berbaloi atau pun tidak. Sesiapa yg suka makan kambing tu bolehlah try.

11:48 PM

CHECK UP MY BABY



Esok pagi2 Ummi kena bawa baby gi check up, maybe kena cucuk kot coz bulan lepas dah rehat sebulan. Nasib baiklah baby Ummi tak demam. Kalau demam tak boleh cucuk kena datang pulak hari lain. Payahlah macam tu, 2 kali kerja pulak. Hehehe....anak mamakan kuat. Masa tengah tulis blog ni pun anak ngan babah dah nyenyak tido. Mimpi apalah tu agaknya.

7:55 PM

TELUR PENYU DARI SANDAKAN

Pagi tadi Ummi dapat kiriman dari Sandakan telur penyu. Tak banyak mana pun tapi dapatlah lepaskan gian satu family. Fresh lagi. Bilalah lagi nak pergi ke Sabah, best pergi sana semua dapat makan makanan laut yg segar2. Setakat ketam tu kitaorang buat makan sarapan pagi, meratah macam tu je. M....sedapnyer......

9:21 PM

TRIP TO KUCHING SARAWAK


Tengah dok belek2 NoteBook ni ternampak plak gambar lama. Gambar ni masa Ummi bawa family pergi bercuti di Kuching, Sarawakbulan 5 tahun 2007. Kebetulan masa pergi jln kat Setubong terserempak plak ngan Andy Flop Poppy tgh buat pengambaran, so ambil kesempatan bergambarlah.

Nanti kalau terjumpa lagi gambar2 masa Ummi bercuti di Langkawi & Sabah, Ummi akan postkan disini.

Tak sabar nak tunggu bulan 2 tahun hadapan 2009. Next trip to Goald Coast, Australia. Tiket dah ada, insyaallah kalau umur panjang pergilah nanti. Heheh....senang bila dah ada tambang murah ni. Ummi naik penerbangan Air Asia sesiapa pun boleh terbang. Ummi beli masa promotion tambang free. Actually bukan free pun kena bayar juga, cuma murah gilerlah berbanding nak beli tambang penuh. Coast untuk perjalanan 2 dewasa + baby Ummi bawah umur 2 tahun ( Makan + Luggage ) = RM 2,500.00. Muarahkan......So, sesiapa yg bercita2 nak keluar negara tu kumpul duit dari sekarang. Bila ada promotion nanti cepat2 beli.

8:28 PM

KOMPUTER TERPAKAI UNTUK DIJUAL


Ada sesiapa yg berminat nak beli komputer terpakai. Ummi nak jual ni. Kepada sesiapa yg berminat boleh hubungi email kepada Ummi : ummi_ummira@yahoo.com. Setiap komputer yg dijual warranty 2 bulan. Speaker, keyboard & mouse baru.

9:11 PM

MENANTI PINJAMAN TEKUN

Hari ni Ummi semak permohonan pinjaman TEKUN Ummi. Keputusan LULUS, tapi masih tak tau lagi berapa amount yg dpt. Masih perlu menantikan keputusan mesyuarat. Alahai warga kerja TEKUN percepatkanlah pembiayaan tu. Kalau boleh biarlah sebelum raya.

Doakan Ummi ye. Kalaulah dapat Ummi nak buat kenduri doa selamat kat kedai baru Ummi nanti. Nanti Ummi war2kan kat Blog ni utk menjemput pembaca blog semua.

Puasa ke - 8:
Mmmm....tak banyak yg dpt dikongsikan disini. Sama seperti hari2 yg lain. Alhamdulillah, perut tak telalu rasa lapar sehingga menunggu waktu berbuka. Kalau lapar pun dlm kol 1.00tgh ke bawah, lepas tu dah OK tak terasa pulak seperti berpuasa. Hehehe....target bulan puasa ni nak kurus. Entahlah berjaya ke tidak, makan kuantiti nasi tu tak pernah berjaya di kurangkan.