8:53 PM

BERBUKA DI JB CATERING


Tadi Ummi berbuka di JB Catering terletak di Taman Merdeka. Penuh sesak nak parking pun susah terpaksa berjalan kaki. Jauhnyer, kalau lepas makan nak pergi tempat letak kereta boleh lapar semula. Tak ada yg istimewa rasanya kecuali kambing golek. Itu pun dapat sikit jek. Satu kepala dia charge RM 19.90 ( Dewasa ) RM 12.00 ( Kanak2). Nasib baik org KL dari SKALI belanja, so tak kisah sangatlah berbaloi atau pun tidak. Sesiapa yg suka makan kambing tu bolehlah try.

11:48 PM

CHECK UP MY BABY



Esok pagi2 Ummi kena bawa baby gi check up, maybe kena cucuk kot coz bulan lepas dah rehat sebulan. Nasib baiklah baby Ummi tak demam. Kalau demam tak boleh cucuk kena datang pulak hari lain. Payahlah macam tu, 2 kali kerja pulak. Hehehe....anak mamakan kuat. Masa tengah tulis blog ni pun anak ngan babah dah nyenyak tido. Mimpi apalah tu agaknya.

7:55 PM

TELUR PENYU DARI SANDAKAN

Pagi tadi Ummi dapat kiriman dari Sandakan telur penyu. Tak banyak mana pun tapi dapatlah lepaskan gian satu family. Fresh lagi. Bilalah lagi nak pergi ke Sabah, best pergi sana semua dapat makan makanan laut yg segar2. Setakat ketam tu kitaorang buat makan sarapan pagi, meratah macam tu je. M....sedapnyer......

9:21 PM

TRIP TO KUCHING SARAWAK


Tengah dok belek2 NoteBook ni ternampak plak gambar lama. Gambar ni masa Ummi bawa family pergi bercuti di Kuching, Sarawakbulan 5 tahun 2007. Kebetulan masa pergi jln kat Setubong terserempak plak ngan Andy Flop Poppy tgh buat pengambaran, so ambil kesempatan bergambarlah.

Nanti kalau terjumpa lagi gambar2 masa Ummi bercuti di Langkawi & Sabah, Ummi akan postkan disini.

Tak sabar nak tunggu bulan 2 tahun hadapan 2009. Next trip to Goald Coast, Australia. Tiket dah ada, insyaallah kalau umur panjang pergilah nanti. Heheh....senang bila dah ada tambang murah ni. Ummi naik penerbangan Air Asia sesiapa pun boleh terbang. Ummi beli masa promotion tambang free. Actually bukan free pun kena bayar juga, cuma murah gilerlah berbanding nak beli tambang penuh. Coast untuk perjalanan 2 dewasa + baby Ummi bawah umur 2 tahun ( Makan + Luggage ) = RM 2,500.00. Muarahkan......So, sesiapa yg bercita2 nak keluar negara tu kumpul duit dari sekarang. Bila ada promotion nanti cepat2 beli.

8:28 PM

KOMPUTER TERPAKAI UNTUK DIJUAL


Ada sesiapa yg berminat nak beli komputer terpakai. Ummi nak jual ni. Kepada sesiapa yg berminat boleh hubungi email kepada Ummi : ummi_ummira@yahoo.com. Setiap komputer yg dijual warranty 2 bulan. Speaker, keyboard & mouse baru.

9:11 PM

MENANTI PINJAMAN TEKUN

Hari ni Ummi semak permohonan pinjaman TEKUN Ummi. Keputusan LULUS, tapi masih tak tau lagi berapa amount yg dpt. Masih perlu menantikan keputusan mesyuarat. Alahai warga kerja TEKUN percepatkanlah pembiayaan tu. Kalau boleh biarlah sebelum raya.

Doakan Ummi ye. Kalaulah dapat Ummi nak buat kenduri doa selamat kat kedai baru Ummi nanti. Nanti Ummi war2kan kat Blog ni utk menjemput pembaca blog semua.

Puasa ke - 8:
Mmmm....tak banyak yg dpt dikongsikan disini. Sama seperti hari2 yg lain. Alhamdulillah, perut tak telalu rasa lapar sehingga menunggu waktu berbuka. Kalau lapar pun dlm kol 1.00tgh ke bawah, lepas tu dah OK tak terasa pulak seperti berpuasa. Hehehe....target bulan puasa ni nak kurus. Entahlah berjaya ke tidak, makan kuantiti nasi tu tak pernah berjaya di kurangkan.

5:54 PM

CHECK UP MY HEAD


Awal pagi lagi Ummi dah bangun bersiap ke Pakar Puteri Johor Bahru. Ummi buat check up kepala Ummi yang hari ni dah masuk 6 hari sakit. Sakit yg amat sangat macam ada org yg tengah perah otak2 Ummi ni.

Hasilnya selepas Dr buat check up pada rahim n buah pinggang semua ok n tak mengandung. So Dr suruh buat CT Brain pulak, nak tgk apa dah jadi dlm kepala Ummi. So kenalah masuk dlm terowong. ( Huhu...kepala tak boleh gerak langsung, masuk dlm 20 minit jugaklah.) Bila dpt keputusan finally Dr kata semua pada Ummi "OK".

DR Said : Semua ok, rahang pun Ok tak ada senget, resdung pun tak ada. So I tak tau nak ckp apa. I nampak semua OK.
Ummi said : Terima Kasih Dr.

Huh ni yg bila jumpa bomoh ni, bomoh akan kata : " Awak ni kena buatan Org " (HAHAHAHHA....)

Tapi, bila balik until now, Ummi dh tak ada rasa sakit lagi. Ih...apalah sakit ni. Dah masuk dlm terowong baiklah pulak....Mintak berkekalanlah kesihatan ni. Amin.

10:41 PM

HEADACHE


Today ummi kena headache, takut je kena tekanan darah rendah. Coz pernah chek sekali masa pening kepala tekanan darah Ummi rendah. Sakit bukan kepalang macam ada org ketuk2 kepala Ummi. Alhamdulillah berjaya juga berpuasa hari ni. Walaupun pagi tadi Ummi termakan sikit mentega yg terkena kat tgn. Huhu....sedap jek, bila dah masuk bilik baru perasan puasa rupanya hari ni.

Petang tadi Ummi pergi HSA tgk Kak Sue N Baby. Dapat baby boy. Berat 3.0Kg...Tapi Ummi nampak kecik aje...Kalau banding ngan anak Ummi yg keluar 2.9kg lagi besar rasanya. Manalah dia sembunyi isi dia tu.....Hehehhe....comel betul. Jealous Ummi tgk anak dia banyak rambut lebat giler. Anak Ummi smpai sekarang tak jugak lebat rambut dia.

Tataplah gambar baby Kak Sue yg comel ni. Terlupa nak tanya dia letak nama apa kat baby dia. Baby 31 Ogos. Bestnyer....

12:50 AM

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADAN


Ummi baru pulang dari Tesco Extra. Membeli belah stok barang untuk bersahur. Family Ummi ringkas je bila bersahur. Tak perlu nak makan nasi. Cukup ada Daging Burger ngan roti.

Kepada semua yg membaca blog ini. Selamat menyambut ramadan. Sama-samalah kita perbanyakkan amal dibulan yg mulia ini. Selamat berpuasa...

* Kepada kenalan Kak Su tahniah kerana telah selamat melahirkan zuriat sulung. Sama2lah kita didik anak kita menjadi anak yg soleh dan solehah.

12:14 PM

BELANJAWAN TAHUN 2009

Tunggu jam 3.00petang 29 Ogos 2008, pengumuman belanjawan untuk tahun 2009. Kita semua mesti nak dengar yang boleh menguntungkan kitakan. Harap2 apa yg akan diumumkan nanti indah2 belaka.

Cuma, siapalah yg usulkan supaya potongan caruman KWSP di kecilkan. Ummi tak sokong langsung. Biarlah seperti biasa. Potongan tulah duit untuk masa tua kita bagi yang bukan penjawat awam. Kita ni bukan ada duit pencen pun.

Minta Pak Lah, pikir panjang. Janganlah diluluskan.

11:57 PM

AYAM MASAK INDIA

Petang tadi ummi masak lauk AYAM MASAK INDIA, resepi dari mak mertua. Takut aje tak jadi, ayam dahlah masak seekor. Masak dari jam 7.00mlm hingga 8.30mlm baru org kat rumah dpt makan. Macam mana tak lewat anak Ummi asyik menjerit aje nakkan mama dia. Baby awal.....baby awal......

Resipi
1 Ekor Ayam ( Potong Kecil & Digoreng )
6 Biji Bawang Besar ( Dihiris )
Lada Merah ( Kisar Halus )
Air Asam Jawa
5 Sudu Makan Gula
Garam Secukup Rasa

Cara2
Bawang besar ditumis sehingga hampir menjadi bawang goreng.
Masukkan lada, tumis sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Akhir sekali masukkan ayam.

Selamat mencuba....

3:31 PM

KENA TAHAN POLIS

Eeeee.....malunya hari ni. Ummi bertekak dgn pak polisi. Gara2 Road Tax dah mati. Dengan penuh confident Ummi ckp dgn polis Road tax matikan bulan September. Bila turun dari kereta tgk sendiri rupanya mati 20hb Ogos.... Hehehe...sorry! Nasib baik polis tu baik hati, lepas tak payah kena saman. Alhamdulillah.....

1:21 AM

TGI FRIDAY'S


Hari ni first day Ummi makan di TGI Fiday's. Boleh tahanlah sedap makanan kat situ. Appetizer ummi ambil Fried Mac & Cheese n main menu Jack Daniel's® Chicken & Shrimp . Boleh tahan gaklah harga dia makan 5 orang hampir RM500, tapi bukan Ummilah yang keluar duit.....adik ipar yang belanja sebelum dia nak gi US awal bulan 9 ni. Lain kali nak datang lagi, banyak lagi menu yang kena try.......Hehehe.....Baby Awal cuma boleh tgk je mama ngan babah dia makan. Sabar ye sayang lagi 2 bulan je lagi mama boleh kasi makan yang sedap2....

12:00 PM

ANAK MAMA DEMAM



Malam ni anak Ummi tetiba demam. Bila cek suhu dah 37.7^ panas betul. Kesian nak kata kena hujan tak pulak. Sebelum masuk tido Ummi dah kasi baby Awal makan ubat. Mintak2 esok dah sihat ye sayang. Risau mama. Kalau esok baik dah tak payah pakai cool fever lagi. Muach!!! Ciuman mama buat anak mama sayang.

8:54 PM

AKHIRNYA MINYAK TURUN HARGA

Akhirnya berita2 yg ditunggu-tunggu muncul jua. Esok harga minyak turun antara 8 sen dan 22 sen seliter. Alahamdulillah......turun jugak walau tak banyak mana pun. Dah tak sanggup rasanya dibebani dgn harga minyak yang tinggi. Kalau dulu cuma isi penuh RM80 lepas minyak naik terus melonjak sampai RM120. Bila minyak dah naik paham2 sahajalah barang lain juga akan turut naik walaupun kerajaan kata tak akan ada kenaikan harga barang. Tapi kalau ikut logiknya kita sendiri tak boleh nafikan kalau barang naik. Segala barang tu dipindah alihkan menggunakan kenderaan. Kenderaan pulak gunakan apa untuk bergerak? Tak tahulah pulak Ummi kalau barang tu dialihkan menggunakan kereta lembu.

Negara makin maju, kenapa kita mesti balik semula cara hidup lama. Perlukah kita bekebun semula? Zaman sekarang zaman makin canggih. Takkan nanti bila negara barat dah pesan sayur guna internet, kita masih pesan sayur ikut pintu belakang. Sebenarnya adakah lagi masa kita untuk bercucuk tanam? Rasanya kalau ada masa tg terluang tu kalau boleh kita nak barehat.....maklum kerja zaman sekarang ni banyak guna otak bukan guna tenaga. Guna otak ni lagi penat rasanya. Jadi, pikirlah sendiri.

# Org sekarang ni pendek umurkan! Sebab apa? Sendiri mau ingat ha.......

12:51 PM

PINJAMAN TEKUN

Ummi terbaca artikel yg di tulis dlm Harian Metro yg ditulis oleh Oleh Kamarulzaman Pid
amar@hmetro.com.my sesungguhnya enak didengar janji manis yg ditabur oleh TEKUN iaitu " TEKUN LULUS 14 HARI ". Walaubagaimanapun ia tidaklah menjadi kenyatan hingga sekarang.

Ummi dah pun membuat pinjaman pada awal tahun yg lepas. Walaupun pinjaman yg dipohon tidak dapat sepenuhnya. Ummi bersyukur. Ummi dah berjaya membayar penuh semula pinjaman pada awal bulan 7 yg lepas. Bagaimanapun akhir bulan 7 Ummi ada membuat permohonan semula pinjaman. Sehingga sekarang Ummi masih menunggu jawapan. Bila nak hubungi pegawai yg bertugas pula amatlah susah.

Ummi berharap pihak Tekun dapat mengotakan janji tersebut. Apatah lagi kepada peminjam yg dah ada rekod. Sepatutnya permohonan lebih mudah dan lebih cepat.

Sekiranya ada pihak Tekun yg terbaca, Ummi mohon dapat menjadikan kenyataan seperti apa yg dijanjikan. Jangan sekadar ckp kosong.

Tapi, terima kasih TEKUN walaupun lambat TEKUN tetap membantu. Buat masa ini cuma TEKUN sahaja yg paling mudah untuk dipohon. Kepada peminjam TEKUN, bayar jangan tak bayar. Bila kita bayar lagi banyak TEKUN boleh bantu kepada Usahawan yang lain.


11:59 PM

JODOH BUAT KAKAK TERSAYANG

Ummi kesian pada kaklong yang masih belum ada teman hidup hingga sekarang. Bukannya tak ada teman lelaki cuma yang ada terpaksa berpisah pergi kerana org tua lelaki tidak mahu org johor, kecuali org kelantan sahaja. Tak taulah kenapa masih ada lagi org yg berfikiran demikian. Memang bukan jodoh dia agakya walaupun dah hampir 5 tahun berkawan. Kakak Ummi ni lengkap rasanya orgnya kalau berbanding dgn ummi. Dia pandai memasak dan menghormati org tua. Dan tak pandai nak keluar sembarangan. Kebanyakan waktu riadahnya hanya diluangkan dengan keluarga. Kalau di fikirkan pun macam mana lelaki nak nampak kakak Ummi, kalau waktu dia hanya pergi dan balik kerja sahaja itu pun ayah yang ambil dan hantar. Dia pun tak sebebas Ummi, maklum tanggungjawab sebagai kakak lebih berat. Dia yg banyak jaga mak dan ayah.

Ummi doakan kaklong cepat bertemu jodoh. Ayah pun selalu tanya dgn Ummi tak ada ke calon yg boleh dikenalkan dgn kaklong?

Ada sesiapa yg nak berkenalan dgn kakak ummi? email ummi : ummi_ummira@yahoo.com

11:13 PM

SETUP BUSINESS BARU

Terima kasih kpd yg sudi membaca blog ummi......

Ummi tgh duduk2 terfikir pulak nak bukak business baru. Ada dua yg terlintas difikiran, DOBI atau ANDAMAN. Dobi memerlukan modal yg besar hampir ratusan ribu ringgit. Manakala ANDAMAN tak perlukan modal yg besar cuma kemahiran sahaja. Untuk permulaan barang2 seperti pelamin boleh sewa dari yg sedia ada dan baju kalau pandai cari kat Nilai 1 Ribu boleh dapat 3 pasang baju pengantin, tinggal makeupkan jek kasi cantik lagi. Ummi dah pun daftar untuk memasuki kelas andaman. Kalau tak ada aral melintang Ummi akan mula belajar pada Jummat ni.
Sesiapa yg kat Johor, bolehlah tempah ummi nanti. Ummi target paling lewat nak buka andaman pada bulan 1 tahun depan. Doakan ye semua.....Amin.....

10:44 PM

MENJEJAK PENCURI

Hari ni genap seminggu berjaga untuk mencari pencuri. Kedai ummi dah 7 kali org masuk setiap malam. Bukan dia curi apa2 pun tapi main komputer free di cc ummi. Siaplah pencuri tu nanti kalau dapat ummi kerjakan cukup2. Sumbat jek masuk jail senang sikit. Kecik2 dah menyusahkan org.

10:40 PM

ANAK MAMA


Dah lama tak dapat mengupload cerita baru dari ummi. Rindu rasanya, nak berkongsi dgn semua. Setelah melahirkan bayi sulung tak banyak kerja yang dapat dijalankan. Tapi bersyukur kepada tuhan yang mengkurniakan zuriat setelah hampir 3 thn menanti. Sekarang dah pun masuk 4 bulan usia anak mama tak pernah lagi mendatangkan masaalah. Nak tidur mlm pun senang. Mama sayang Awal......Jadi anak yg soleh ye sayang!