11:59 PM

JODOH BUAT KAKAK TERSAYANG

Ummi kesian pada kaklong yang masih belum ada teman hidup hingga sekarang. Bukannya tak ada teman lelaki cuma yang ada terpaksa berpisah pergi kerana org tua lelaki tidak mahu org johor, kecuali org kelantan sahaja. Tak taulah kenapa masih ada lagi org yg berfikiran demikian. Memang bukan jodoh dia agakya walaupun dah hampir 5 tahun berkawan. Kakak Ummi ni lengkap rasanya orgnya kalau berbanding dgn ummi. Dia pandai memasak dan menghormati org tua. Dan tak pandai nak keluar sembarangan. Kebanyakan waktu riadahnya hanya diluangkan dengan keluarga. Kalau di fikirkan pun macam mana lelaki nak nampak kakak Ummi, kalau waktu dia hanya pergi dan balik kerja sahaja itu pun ayah yang ambil dan hantar. Dia pun tak sebebas Ummi, maklum tanggungjawab sebagai kakak lebih berat. Dia yg banyak jaga mak dan ayah.

Ummi doakan kaklong cepat bertemu jodoh. Ayah pun selalu tanya dgn Ummi tak ada ke calon yg boleh dikenalkan dgn kaklong?

Ada sesiapa yg nak berkenalan dgn kakak ummi? email ummi : ummi_ummira@yahoo.com

0 comments: