12:51 PM

PINJAMAN TEKUN

Ummi terbaca artikel yg di tulis dlm Harian Metro yg ditulis oleh Oleh Kamarulzaman Pid
amar@hmetro.com.my sesungguhnya enak didengar janji manis yg ditabur oleh TEKUN iaitu " TEKUN LULUS 14 HARI ". Walaubagaimanapun ia tidaklah menjadi kenyatan hingga sekarang.

Ummi dah pun membuat pinjaman pada awal tahun yg lepas. Walaupun pinjaman yg dipohon tidak dapat sepenuhnya. Ummi bersyukur. Ummi dah berjaya membayar penuh semula pinjaman pada awal bulan 7 yg lepas. Bagaimanapun akhir bulan 7 Ummi ada membuat permohonan semula pinjaman. Sehingga sekarang Ummi masih menunggu jawapan. Bila nak hubungi pegawai yg bertugas pula amatlah susah.

Ummi berharap pihak Tekun dapat mengotakan janji tersebut. Apatah lagi kepada peminjam yg dah ada rekod. Sepatutnya permohonan lebih mudah dan lebih cepat.

Sekiranya ada pihak Tekun yg terbaca, Ummi mohon dapat menjadikan kenyataan seperti apa yg dijanjikan. Jangan sekadar ckp kosong.

Tapi, terima kasih TEKUN walaupun lambat TEKUN tetap membantu. Buat masa ini cuma TEKUN sahaja yg paling mudah untuk dipohon. Kepada peminjam TEKUN, bayar jangan tak bayar. Bila kita bayar lagi banyak TEKUN boleh bantu kepada Usahawan yang lain.


0 comments: