11:12 PM

TANGGAL 11.11.08 PERGINYA SEORANG ATUK

Malam tu sebelum masuk tidur, tetiba badan Ummi rasa sejuk sangat. Ummi tgk aircond dah padam tapi sejuk lain macam. Rasanya tak sampai 1/2jam lelapkan mata, telefon berbunyi. Terdengar suara ayah " Atuk dah tak ada.....atuk meninggal jam 12.05mlm tadi..." Innalillah...belum habis penat balik dari kuala lumpur semalam dah terima panggilan dari sana semula. Kesian atuk dah hampir sebulan terlantar di hospital akhirnya pergi juga. Tapi semua redo dan dah bersedia coz doktor dah bagitau awal lebih kurang 3 hari sebelum arwah atuk meninggal. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Rohnya...Amin....

Ummi bertolak dari Jb ke Kl jam 4.00pagi. Ayah kata tak perlu gesa2 coz Atuk pun memang dah tak ada. Atuk Ummi dikebumikan di Tanah perkuburan Dato' Keramat selepas solat zuhur. Hari Rabu Ummi sekeluarga dan kakak pulang semula ke Johor. Insyaallah hujung bulan ni Ummi akan ke Kl semula menjenguk Mak dan Ayah yg tinggal di KL sementara waktu menemani nenek. Kesian Nenek, sebelum ni Atuklah yg jadi peneman sepanjang masa. Rasanya tak pernah sekelip mata pun atuk hilang dari pandangan Nenek. Berapa terasanya kehilangan Atuk pada Nenek. Semoga tuhan tabahkan hati Nenek. Masih ramai lagi yg di sekeliling Nenek yg dapat menemani, walaupun ia tak seindah dan tak serupa Arwah Atuk........

1 comments:

Eita said...

Al Fatihah
Semoga Rohnya dicucuri Rahmat